21 February 2009

TEMUBUAL EKSKLUSIF bersama Liyana Akmal



Sukasenidisanasini: bagaimanakah yana boleh bergiat aktif dalam bidang seni ni??

Liyana: sy join persatuan pelukis negeri Perlis... dan brmula dari situ saya pergi jauh dalam bidang ni secara serius...

Sukasenidisanasini: erm boleh cerita sikit pasal persatuan tu?

Liyana: ok.. Persatuan Pelukis Negeri Perlis ni (PPNPs) sy kira dah agak lama ditubuhkan... dan dipelopori oleh pelukis-pelukis kat Perlis...

Sukasenidisanasini: selain melukis, apakah kemahiran lain yang yana ada?

Liyana: kemahiran...? selain melukis... saya petah bercakap..sebab mase skolah dulu pernah masuk pidato, syarahan, forum, perbahasan dan deklamasi sajak.. dan pernah ke peringkat kebangsaan...

Sukasenidisanasini: apa nasihat anda untuk mnjadi artis?

Liyana: nasihat..? jangan jemu untuk melukis... jangan jadikan alasan yg melukis ni hanya sebagai suka-suka... tapi anggaplah ia sebagai satu prjuangan utk kita terus maju dan mengorak langkah ke hadapan.... dia bermula dgn minat..., pupuklah minat, lipat gandakan usaha... jadikan hasil karya kita tu sebagai satu medium perantaraan untuk melafazkan sesuatu...

Sukasenidisanasini: pengalaman yang paling sukar dilupakan menjadi seorang artis?

Liyana : owh... mestilah ada... saya ni kira artis kecil ja... kadang-kadang rasa kerdil brdiri di kalangan artis-artis yang professional... kenangan yang tak boleh saya lupa ialah dapat tawaran belajar realism drpd artis yang saya kira cukup pro la kalau kat perlis ni.. dia agak terkenal jgk la.. sy nk belajar smpai berjaya..! dan bila dapat join exhibition... pameran buat kali pertama.. itu yang paling tak dapat sayalupakan....owh lagi.. dpt masuk surat habaq.. hehehe.. tu pun tak boleh lupa jugak...

Sukasenidisanasini: siapakah yg banyak mempengaruhi yana dalam bidang seni ni?

Liyana: yang banyak mendorong untuk serius dlm bidang ni.. ibu.. ibu angkat.. seterusnya family...yg sterusnya... golongan artis-artis sendiri... kawan-kawan Myarthost... camtu la..

Sukasenidisanasini: apa rangcangan terbaru yana? membuka sbuah galeri barangkali?

Liyana: rancangan terbaru..? further study..... hehehe... learn and learn and learn sampai pandai... ya. pernah juga pasang impian untuk membuka galeri sendiri.... satu hari nanti..... nantikan..

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Liyana, sila layari:
http://myarthost.com/LiYaNakMaL
http://liyanakmal.blogspot.com/

20 February 2009

Tribute to Palestine.. "BEBASKAN PALESTIN" oleh : NURUL LIYANA AKMAL BINTI ZAHARI

Karya ni menggunakan medium soft pastel sepenuhnya... soft pastel yang saya gunakan berjenama Mungyo je... dan jugak pensil pastel jenama Derwent.. nak beli yang mahal-mahal belum mampu lagi... apa pun karya ni mempunyai mesej yang sangat jelas... memilih tema "Free Palestine" sebagai tajuk dan mesej pada artwork ni... Saya meletakkan imej seorang gadis yang berpurdah sebagai subjek utama... saya terpaku lantaran melihat matanya seolah-olah membicarakan sesuatu.. matanya seolah menceritakan kisah yang berlaku di Palestine... kain tudung yang dipakainya itu merupakan identiti Palestin sendiri... seterusnya... saya sengaja meletak tangan yang tersarung ayat "free palestine" supaya viewer dapat melihat sendiri harapan dan keinginan gadis tersebut yang sangat berharap agar Palestine dapat bebas daripada cengkaman rejim zionis yang sangat kejam... sambil merenung kepada viewer, imej tersebut memberi harapan agar kita sama-sama berfikir dan merenung sedalam-dalamnya kisah yang berlaku kepada saudara kita di Gaza... Seterusnya... saya meletak bendera Palestine.... ini memeri gambaran jelas bahawa bendera itu patut berkibar dengan gah.. Palestine berhak mengecapi hidup yang kita sama-sama rasai sekarang ini... Saya juga turut meletakkan tulisan kaligrafi Arab yang bermaksud, 'bebaskan Palestin'... tulisan khat kaligrafi Palestin itu berbentuk seakan-akan imej seekor burung.. yang jelas membawa maksud kebebasan.... ini cukup bersesuaian dengan tema 'bebaskan Palestin'.... diharapkan kepada viewers semua dapat mengambil iktibar daripada karya ini...
BEBASKAN PALESTIN..!!!! -Nurul Liyana Akmal Binti Zahari-

19 February 2009

Membongkar dunia Latiff Mohidin




LATIFF Mohidin... Kepenyairan dan kreativiti visualnya diperkatakan pada Seminar Kefahaman Budaya Ke-XII di USM, Pulau Pinang. PENYAIR dan pelukis, Abdul Latiff Mohidin dan karya-karya lukisan ekspresionismenya, Pago-Pago sangat sinonim. Siri tersebut dianggap sebagai lukisan jiwa dan mata hatinya. Begitu juga kumpulan sajak Sungai Mekong (1972), Kembara Malam (1974), Wayang Pak Dalang (1977), Garis: Dari Titik ke Titik (1998), Rawa-Rawa (1992) yang berjaya menaikkan namanya sebagai penyair dan pelukis besar tanah air. Puisi dan lukisannya merupakan catatan verbal serta visual kepada anak kelahiran Lenggeng, Negeri Sembilan pada 1938 itu. Sebuah kata dan secalit warna untuk mencerita segalanya dari perspektif seni sejak 1960-an. Dalam genre puisi misalnya, sajak Sungai Mekong yang ditulis pada 1 Februari 1966, menggambarkan seorang ibu sedang mencari puteranya yang hilang di Sungai Mekong akibat perang Vietnam, sangat memukau. Puisi Sungai Kelang yang ditulis pada Oktober 1967 pula, Abdul Latiff menggambarkan kesedihannya melihat Sungai Kelang yang kotor akibat pembuangan sampah oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Abdul Latiff menggunakan nama pena seperti A. Latiff Mohidin dan Alma mendapat pendidikan formal dalam bidang seni lukis dari Academy of Fine Arts, Berlin pada pertengahan 1960-an. Beliau pernah mengikuti kursus seni goresan di Atelier La Courrier, Paris pada 1969 dan di Pratt Graphic Centre, New York, Amerika Syarikat. Sepanjang kerjaya seni lukisnya, Abdul Latiff pernah mengadakan beberapa pameran lukisan di dalam dan luar negara termasuk di Bonn, Berlin, Frankfurt, Hamburg, Bangkok, Singapura, New Delhi, New York, Sydney, Sao Paulo, Osaka, Montreal, Manila, Jakarta, Dublin dan London. Sesungguhnya sumbangan beliau kepada dunia seni lukis dan kepenyairan negara cukup besar. Namun, faktor usia dan kesihatan membataskan aktiviti seninya kini. Bagaimanapun, kelibatnya tetap dinanti oleh khalayak sastera dan seni tampak tanah air. Pada 1 September ini, Abdul Latiff terpilih sebagai tokoh seni yang dibicarakan pada Seminar Kefahaman Budaya Ke-XII bertema Dari Warna ke Bahasa: Lukisan dan Puisi Latiff Mohidin di Dewan Kuliah A, Universiti Sains Malaysia (USM), Minden, Pulau Pinang. Sebanyak lapan kertas kerja mengenai ketokohan beliau dalam aspek seni lukis, kepenyairan, simbolisme dalam karya, pemikiran dan aspek leksikografi karya. Para pembentang kertas kerja ialah Prof. Madya Dr. Zakaria Ali (Latif Mohidin Sebagai Seorang Pelukis), Marzuki Ali (Kepenyairan Latiff Mohidin) dan Dr. Fatimah Busu (Sungai Mekong oleh Latiff Mohidin: Melapis-lapis Kepelbagaian Elemen). Pembentang lain ialah Prof. Madya Dr. Arndt Graf (Penggunaan Topoi Warna dan Cahaya Dalam Puisi Latiff Mohidin), Dr. Ahmad Suhaimi Mohd. Noor (Pemikiran Pengembaraan Dalam Lukisan Latiff Mohidin). Tiga Lagi pembentang kertas kerja seminar tersebut ialah Prof. Madya Dr. Sohaimi Abdul Aziz (Latiff Mohidin: Sajak-sajak Lengkap, 1963-1994), Dr. Lalita Sinha (Di Pantai Dunia Tiada Bertepi: Terjemahan Puisi oleh A. Latiff Mohidin) dan Amanda Katherine Rath (Cohesive Interlayers: Dualism in the Visual Works of Latiff Mohidin). Dipetik dari:
Utusan Malaysia

10 February 2009

FEBRUARI ART EVENT

Title :
The Art of Integration: Islam in Britain
Venue :
Islamic Arts MuseumJalan Lembah PerdanaKuala LumpurOpening Hours : Tuesday - Sunday & Public Holidays: 10.00am - 6.00pm Closed on Mondays.URL : http://www.iamm.org.my
Date & Time :
Tue 20 Jan - Mon 20 Apr 2009 (10am - 6pm)
Tickets :
RM12 (adults)/ RM6 (Students with ID & Senior Citizens, Malaysians aged 55 and over)/ Free Admission (children 6 and under)
Phone :
03-2274 2020
Email :
info@iamm.org.my
URL :
http://www.iamm.org.my/
Synopsis :
Peter Sanders has emerged as one of the most skilful photographers in Britain today. His focus has been Muslims from all over the world, but particularly from the more remote and traditional societies such as Mauritania, Hadramawt, China and Japan.Sanders, born in London, began his photographic career during the mid-Sixties, when he captured most of the major music icons of the era, including Bob Dylan and the Rolling Stones.
In 1970 his attention turned inward, setting him on a spiritual path that led to the Muslim world.
In 1971 he was granted the unique opportunity of photographing the Hajj.
These images appeared in major UK and European magazines such as the Sunday Times Magazine, the Observer and Paris Match.Illustrating the subtleties of a faith is no easy task. His deepest concern at the moment is to bridge the cultural divide between the secular West and Islam.
Being in the position of seeing the beauty of Islam from within, it is this that he wants to share with others.
By using his own homeland as a subject, Sanders has turned an observant eye on a country that now has a large and significant Muslim population.
___________________________________________________________________

04 February 2009

Semua orang boleh fikir, tapi semua ada akal kea?

Selamat datang di ucapkan kepada semua. Jangan runsing atau bimbang, sukeseni masih lagi wujud cuma dalam hati kita sahaja.
Kita perlukan perubahan, perubahan untuk memajukan diri kita dan masyarakat.

Perancangan awal untuk blog baru ini:

1) Seperti biasa, setiap aktiviti yang berkaitan seni akan dijalankan akan dipaparkan.
2) Seorang tokoh seni akan diketengahkan setiap bulan. (tidak kira guru pelati, pensyarah atau orang perseorangan)
3) Lebih banyak pertandingan akan dibuat.
dan banyak lagi...