20 February 2009

Tribute to Palestine.. "BEBASKAN PALESTIN" oleh : NURUL LIYANA AKMAL BINTI ZAHARI

Karya ni menggunakan medium soft pastel sepenuhnya... soft pastel yang saya gunakan berjenama Mungyo je... dan jugak pensil pastel jenama Derwent.. nak beli yang mahal-mahal belum mampu lagi... apa pun karya ni mempunyai mesej yang sangat jelas... memilih tema "Free Palestine" sebagai tajuk dan mesej pada artwork ni... Saya meletakkan imej seorang gadis yang berpurdah sebagai subjek utama... saya terpaku lantaran melihat matanya seolah-olah membicarakan sesuatu.. matanya seolah menceritakan kisah yang berlaku di Palestine... kain tudung yang dipakainya itu merupakan identiti Palestin sendiri... seterusnya... saya sengaja meletak tangan yang tersarung ayat "free palestine" supaya viewer dapat melihat sendiri harapan dan keinginan gadis tersebut yang sangat berharap agar Palestine dapat bebas daripada cengkaman rejim zionis yang sangat kejam... sambil merenung kepada viewer, imej tersebut memberi harapan agar kita sama-sama berfikir dan merenung sedalam-dalamnya kisah yang berlaku kepada saudara kita di Gaza... Seterusnya... saya meletak bendera Palestine.... ini memeri gambaran jelas bahawa bendera itu patut berkibar dengan gah.. Palestine berhak mengecapi hidup yang kita sama-sama rasai sekarang ini... Saya juga turut meletakkan tulisan kaligrafi Arab yang bermaksud, 'bebaskan Palestin'... tulisan khat kaligrafi Palestin itu berbentuk seakan-akan imej seekor burung.. yang jelas membawa maksud kebebasan.... ini cukup bersesuaian dengan tema 'bebaskan Palestin'.... diharapkan kepada viewers semua dapat mengambil iktibar daripada karya ini...
BEBASKAN PALESTIN..!!!! -Nurul Liyana Akmal Binti Zahari-

No comments:

Post a Comment