- Arca timbul - Bentuk tiga dimensi tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan. Ia bolah di buat secara:- Acuan- Tampalan- Asemblaj – Binaan
- Asemblaj - Bahagian atau komponen yang berlainan yang dicantum dan menjadi satu kesatuan objek dan menjadi satu konsep bermakna. Teknik hasilan;- Kimpalan- Binaan- Cantuman skru/paku- Gam
- Mobail - Bahagian-bahagian dicantum untuk membentuk satu kesatuan. Digantung untuk menjadikan objek bergerak, berputar atau berombak. Teknik yang digunakan;- Kimpalan- Gam- Skru –
- Ikatan
- Stabail - Bahan kutipan dicantumkan untuk membentuk satu kesatuan objek dan dipasang tapak yang stabil. Teknik yang digunakan;- Kimpalan- Skru- Ikatan- Acuan- Binaan
AKALseni
16 May 2011
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
KRITIKAN DAN APRESIASI SENI: APA YANG DICARI SUDAH TERJUMPA?
Kritikan dan apresiasi seni visual dalam menilai dan menganalisis karya-karya seni adalah proses pembelajaran yang bersistematik dalam bentuk proses berfikir. Sememangnya perlu diterap dan disemai dalam kurikulum mulai sekolah rendah lagi namun sejauhmana idea ini dapat direalisasikan. Isu ini sentiasa mendapat perhatian daripada pendidik seni dan menarik perhatian penggubal kurikulum, pensyarah dan orang ramai. Keperluan isu ini penting untuk difikirkan bagi melahirkan modal insan yang terdidik berfikir secara kreatif dan kritis. Secara tidak langsung ilmu berhujah dan membuat interpritasi seni menuju ke arah yang positif dalam melahirkan generasi pewaris yang tahu membuat seni, bercakap tentang seni dan mengangkat martabat karya seni itu sebagai karya yang halus.
Keperluan kritikan dalam apresiasi memerlukan pengetahuan dalam menilai dan menganalisis hasil kerja seni. Keperluan ini disentuh secara tidak langsung dalam kehidupan seharian namun secara asasnya nilai indah sebagai elemen estetik itu berkait dan berkembang bersama ilmu bantu lain. Hubungkait perkembangan ilmu ini dilihat saling membantu antara elemen dan prinsip seni dengan hasil kerja seni yang dihayati.
Pengetahuan sedia ada ini sebagai satu
lapisan luaran yang memerlukan pengukuhan mantap dari segi falsafah estetik
bersama perspektif perbandingan antara teori seni, sejarah, periwayatan artis,
dokumentasi, input sedia ada dengan pengayaan skil dan teknik pengkaryaan.
Darjah pemikiran manusia dalam menginterpritasi karya seni adalah berbeza dan menghasilkan pelbagai interpritasi. Barangkali ada yang bersetuju masih terdapat sebahagian kecil artis-artis di Malaysia yang berkarya sekadar melayan rasa dan perasaan. Hasil karya itu apabila dikomen melalui input apresiasi dan sedikit tersentuh dari aspek-aspek kelemahan menyebabkan nilai pemikiran dan usaha menceliksenikan masyarakat terbantut. Suatu pertemuan ilmu yang murni dan bermanfaat tidak tercapai dan ada pandangan prejudis antara pengkarya dengan penikmat. Walaupun usaha yang baik dan niat yang murni itu telah terpesong namun usaha mencari yang terbaik itu patut diteruskan. Itu adalah tugas pengkritik seni. Bagi peminat dan khalayak seni marhain pula ungkapan biasa keluar dari mulut ialah sama ada cantik dan tidak cantik.
Dengan menyatakan karya seni itu berada pada tahap baik bermaksud meletakkan seni itu pada tahap keunggulan sebagai satu hasil karya yang halus. Mana lebih sesuai disebut dengan menyatakan, “saya suka karya ini”atau “saya suka karya ini kerana ia ada membawa satu dorongan untuk kita kaitkan dengan aspek-aspek psikologi yang ada perkaitan dalam terapi seni”. Inilah contoh keperluan kritikan seni sebagai suatu bentuk proses berfikir atau sekurang-kurangnya dapat diterapkan dalam perbincangan yang berlunaskan nilai-nilai hormat menghormati.
Bagi Bernard Harrison, beliau membawa pandangan yang dikenali sebagai“kritikan secara nature” dengan meletakkan sesuatu karya itu baik setelah mengenalpasti beberapa kualiti yang terserlah. Dalam istilahR.G.Collingwood, kualiti ini dapat disenaraikan sebagai cara kita memahami apakah itu seni dan apakah yang dikatakan bukan seni. Sama ada ia dalam objek atau sudah ada tersemat di dalam minda boleh membawa perkaitan dengan kesempurnaan dan dianggap menjadi sebahagian daripada teori-teori seni.
Perasaan yang bercampurbaur dengan pengalaman estetik dapat membantu memperhalusi karya-karya seni secara “nature” dan bagi menjelaskan kualiti“nature” ini memerlukan kesinambungan dalam kritikan. Adalah mustahil untuk membuat keputusan antara yang baik dalam kritikan sebelum penghakiman yang akhir terjadi sehingga tiada sesiapapun yang tahu tentang seni. Dicadangkan lebih baik diketahui sesuatu yang kita suka dan minat supaya penilaian dan keputusan yang dibuat ke atas karya-karya seni berlaku secara adil. Diakui kritikan dan apresiasi seni tidak bergantung pada keistimewaan yang ada dalam karya seni semata-mata. Kritikan juga dianggap mampu dibuat apabila percubaan yang dilakukan boleh menjangkau sesuatu dengan tepat setelah dikenalpasti dan dianggap munasabah. Sebagai pengetahuan umum, jarak yang adil dan munasabah boleh membantu supaya hasil seni dilihat halus dan sifat-sifat seni yang baik boleh didekati dan dirunding bersama secara lebih “nature”.
Terdapat dua motif utama dalam pendekatan kualiti “nature” yang boleh membantu kritikan itu berada pada dasar yang adil.
1. Menerapkan nilai adil pada asas-asas yang munasabah yang menampakkan perbezaan
antara kritikan melulu dengan kritikan berbantukan penglihatan dan tafsiran yang adil.
2. Menerapkan nilai saksama bagi menunjukkan kenapa seni itu penting di dalam aktiviti
kehidupan manusia.
Penilaian dan apresiasi seni haruslah tidak terkongkong sama ada dalam statusnya tersendiri atau dalam lengkongan pengikutnya. Hilangkan kongkongan dan benteng yang menjadikan ia karya berstatus kepada karya yang diperagakan untuk suatu pengetahuan yang istimewa. Jika terlalu banyak kongkongan dalam menilai seni, boleh menjadikan seni itu kaku dan terhad kepada golongan tertentu. Suatu cara yang dicadangkan ialah kaitkan seni itu dengan fungsinya yang berbagai. Cara sebegini boleh memperkembangkan seni itu dalam statusnya yang luas dan apabila fungsi itu dikaitkan bersama karya seni, aspek nilai akan turut dibicarakan bersama.
Antara fungsi dan nilai dalam penghasilan seni terkandung keindahan yang dapat ditafsir dari berbagai sudut. Tafsiran yang mencari kesempurnaan pada objek yang dihasilkan dapat dilihat dari sudut luaran dan dalaman. Manakala nilai seni itu diletakkan sejajar dengan kehendak masyarakat yang membawa kesan pengaruh mempengaruhi.
Kesempurnaan dalam karya seni ditafsir, dinilai dan diberi kedudukannya. Harus diingat segala aspek kesempurnaan itu ada batas perbezaan yang dipengaruhi oleh perbezaan persepsi, pengalaman, ilmu dan jurang perbezaan silang budaya. Ini menjadikan nilai sempurna dan tidak sempurnanya hasilan seni adalah suatu yang subjektif.
Dipetik daripada http://risalahproseni.blogspot.com/
08 December 2010
Wau. (nota ringkas)
30 June 2009
ARCA
Perkataan arca atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai sculpture berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere, bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris. Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi di mana permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Selalunya arca dapat dilihat di galeri, taman permainan, dan tempat – tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan.
1. Arca adalah bentuk dalam susunan tiga dimensi (3D) untuk dikaji dan dinikmati nilai estetikanya.
2. Arca tidak sama dengan seni tampak yang lain kerana ciri - ciri 3Dnya.
3. Walaupun arca merupakan karya seni yang sealiran dengan seni bina, hiasan dalaman, dan reka bentuk pentas, tetapi arca terdapat keistimewaannya yang tersendiri.
4. Terdapat dua jenis bentuk arca iaitu arca bentuk berfungsi dan arca bentuk estetika.
5. Arca bentuk berfungsi merupakan barangan 3D yang boleh digunakan di samping ciri-ciri estetikanya.
6. Terdapat juga arca berfungsi yang hanya digunakan untuk upacara keagamaan dan kebudayaan. Contohnya patung dan topeng kaum Jah Hut dan Mah Meri yang digunakan sebagai alat untuk berhubung dengan roh dan semangat.
7. Arca berfungsi dalam bentuk patung atau stupa juga banyak didapati pada bangunan tokong, kuil, dan gereja.
8. Suku kaum Iban, Kenyah, Kelabit, Penan, Kajang, Melanau, dan Bidayuh di Sarawak menghasilkan arca ukiran kayu bentuk tradisional dengan ciri-ciri tradisional untuk digunakan pada sesuatu upacara adat istiadat yang tertentu.
9. Arca bentuk estetika tidak mempunyai fungsi khas tetapi merupakan bentuk ciptaan pelukis hanya untuk dihayati dari aspek estetikanya sahaja.
10. Arca jenis ini biasanya dipamerkan di galeri.
11. Bentuk arca estetika bebas, boleh berbentuk realistik atau abstrak, terpulang kepada kebijaksanaan dan pilihan pengarca yang menciptanya.
12. Pelbagai bahan dan teknik boleh digunakan.
13. Arca yg paling awal dijumpai merupakan arca ukiran daripada gading, tulang, tanduk dan tanah liat. Arca - arca ini dihasilkan oleh orang Aurignacian dan Magdalenian pada kira-kira 8000 SM.
14. Zaman tamadun - tamadun lama seperti Mesir, Yunani, Mesopotamia, China, dan India turut menghasilkan beraneka jenis arca dengan menggunakan bahan - bahan yang berlainan.
15. Pada zaman itu, benda -benda dibina dalam bentuk figura manusia dan haiwan kerana fungsinya sebagai lambang yang berkaitan dengan sistem kepercayaan dan keagamaan.
16. Michelangelo Buonarroti (1475-1564), merupakan pengarca Itali yang teragung pada Zaman Pembaharuan (Renaissance) di Eropah. Antara ciptaannya yang paling masyhur iaitu David.
17. Pengarca masyhur yang mula membina arca dalam bentuk abstrak pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua ialah seorang berbangsa Inggeris bernama Henry Moore dan Alberto Giaeometti, seorang warganegara Switzerland (190l-1966).
18. Selepas Perang Dunia Kedua, bahan yang digunakan untuk menghasilkan arca telah beralih daripada bahan tradisional seperti batu marmar, kayu, gangsa, dan sebagainya ke bahan plastik, nilon, fabrik, dan bahan - bahan buangan lain.
19. Di samping teknik luakan, binaan dan tambahan, teknik acuan, pateri, jahitan, gam, asemblaj, dan sebagainya turut digunakan.
20. Terdapat juga arca yang bergerak dan berlampu kesan penggabungan kuasa elektrik dalam gubahan.
21. Arca tidak berkembang dengan meluas di Malaysia seperti catan.
22. Pengarca yang membina arca estetika moden hanya muncul pada sekitar tahun 1960-an.
23. Antara pengarca tempatan yang terkenal ialah Anthony Lau, Latiff Mohidin, Syed Ahmad Jamal, dan Lee Kian Seng.
24. Laman Asean yang terletak berhampiran dengan Tugu Peringatan Kuala Lumpur merupakan sebuah taman arca yang teristimewa di Malaysia.
25. Di situ kita dapat menyaksikan enam buah karya arca hasil kreativiti pengarca - pengarca dari Indonesia, Filipina, Brunei Darussalam, Thailand, Singapura, dan Malaysia.
26. Kini, arca telah menjadi karya seni yang kian popular.
27. Arca sering dipamerkan di ruang legar hotel, kawasan bangunan institusi atau pertubuhan, bulatan simpang empat, taman rekreasi, taman kanak-kanak, kawasan peranginan, dan ruang yang sentiasa dikunjungi orang ramai.
20 May 2009
rujukan bersama
1. Apakah yang dimaksudkan dengan corak?
-Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas.Oleh itu corak terdiri daripada corak terancang atau corak tidak terancang.
2. Jenis-jenis cetakan (corak)
1. Cetakan Timbulan(Relief)
2. Cetakan Benaman (Intaglio)
3. Cetakan Kayu
4. Cetakan Lino
5. Cetakan Stensil atau skrin
6. Cetakan Lithografi
7. Cetakan gurirsan asid
8. CetakanSutera Saring
9. Cetakan Stensil Kaedah Potongan Kertas Pendua
3. Resis (m/s 50)
-Resis ialah teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dan cat minyak, cat air dan lilin dan sebagainya yang boleh dikatakan sebagai proses penolakan warna. Teknik ini dapat dilihat dengan jelas dalam proses penghasilan batik lukis atau batik canting
4. Ikatan dan celupan
-Jenis-jenis ikatan
1. Jahitan
2. Ikatan yang diisi dengan pelbagai objek
3. Lipatan dan ikatan
4. Simpulan
5. Lukisan –pentingnya unsur garisan
-atas kertas media kering
Jwp - Lukisan adalah proses melukis dengan menggunakan teknik lorekan ton, melakar garisan dan gosokan menggunakan alat tulis yang kering ke atas sesuatu permukaan.
- Komponen alat dan media yang digunakan ialah pensel, arang, pen, pensel warna, kertas dan kanvas.
- Lukisan boleh dihasilkan dgn 2 cara iaitu Lukisan tanpa warna dan Lukisan berwarna.
BAH B
Soalan 1
Corak terancang dan tidak terancang
a. Corak terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Contohnya corak teknik resis, corak teknik anyaman dan corak menggunakan garisan grid
b. Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup , mengayak menggolek dan sebagainya.Contoh Corak teknik pualaman, corak tiupan, coak stensilan dan corak teknik cerminan
c. Jenis-jenis susunan m/s 9
a. Susunan ulang sekata
b. Susunan berselang seli
c. Susunan batu-bata
d. Susunan bertimbal
e. Susunan bertindih
f. Susunan beralun
g. Susunan berpusat
d. Persepsi (6 persepsi) m/s 14
1. Menyedari adanya corak dalam peralatan kegunaan harian
2. Menyedari prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni, kadar banding, penegasan, kepelbagaian ,kesatuan, kontras dalam penghasilan corak
3. Memahami dan menyedari corak dialam sekitar
4. Memahami konsep penyusunan motif dalam mencorak
5. Menyedari adanya perkaitan warna dan rekaan corak
6. Menyedari adanya corak tertentu pada sesuatu bahan
e. Nilai budaya yang dapat diterapkan dalam PSV m/s 15
1. Mengenal dan membuat corak-corak tradisonal yang mudah
2. Mengenal dan membuat corak-corak yang mempunyai unsure tradisional pada alat kegunaan harian.
3. Mengenal dan mebuat pelbagai corak yang berunsurkan pelbagai corak kraf tradisonal
4. Menghargai, mengembangkan dan mengekalkan unsure-unsur kebudayaan kebangsaan,
Soalan 2
Cetakan Timbunan (Relief) m/s 28
1. Maksud
- Merupakan proses membuat cetakan dengan meletakkan dakwat atau warna pada permukaan tapak cetakan yang biasanya terdiri daripada blok kayu atau lino
- hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di permukaan kertas
Contoh -Cetakan Kayu, Cetakan Lini, Cetakan Kolograf dan Cetakan Kolaj
2. Cetakan stensil kaedah filem leker
Nyatakan langkah-langkah
Langkah 1-Sediakan lakaran imej. Kemudian lukis imej pada muka belakang filem leker.
Langkah 2- Potong dan keluarkan bah-bah yg hendak di dakwatkan atau diwarnakan denganpisau pemotong NT. Filem leker ini mempunyai 2 lapisan. Satu lapisan berlilin dan satu lapisan kertas biasa. Bah yang dipotong ialah bah yang berlilin
Langkah 3- Setelah selesai mengeluarkan bah yang ditembusi dakwat atau warna, kertas filem leker itu diletakkan di bawah pemidang yang telah tersedia dengan kain sutera. Kemudian digosok denga seterika elektrik yang sederhana panas. Semasa menggosok bah yang berlilin (leker) akan melekat pada pemidang sementara kertas biasa (lutsinar) bolehlah ditarik keluar, Kerja ini hendaklah dilakukan dengan berhati-hati.
Langkah 4-Kemudian, gamkan bah tepi leker dengan pepenjuru kertas. Setelah selesai, pemidang filem leker bpleh digunakan untuk mencetak.
Soalan 3
Batik m/s47
Apakah maksud batik dan sejarah perkembangan
Alat dan bahan menghasilkan batik/resis m/s 50-51
Proses ikat celup m/s 63-64
Maksud batik dan sej perkembangan
-Perkataan batik (sebutan bateek) terbit drp perkataan Jawa (tik) dimana diterjemahkan dlm pelbagai maksud antaranya itik, lulisan lilin atau lukisan putus-putus.
-Sej perkembagan batik secara tradisonal di Msia bermula pd abad ke 15 masihi. Pd masa dulu, lukisan batik dikalangan masy melayu bermula dgn penggunaan ubi kentang sbg alat pengecap.
-Pd thn 1920 an, penggunaan lilin te;lah dperkenalkan oleh pngusaha batik d kltan dan tgganu dan merupakan perintis kps sej pekembgan batik
-Pmakain batik dlm busana tradisi berlangsung dr zaman awal tamaddun melayu. Batik dipakai oleh golongan raja, bangsawan dan rakyat jelata. Batik menjadi hadiah perpisahan dan perlambangan cinta dalam hikayat malim dewan. Dan sepersalinan batik dijadikan tanda penganugerahan darjat dr sultan dalam Hikayat hang Tuah.
Alat dan bahan menghasilkan batik
1. Canting- mempunyai pelbagai rupa dan bentuk sama ada mempunyai satu corong atau banyak corong.Corong halus untuk melilinkan isen sementara corong besar untuk membentuk pola asas corak
2. Pemidang kayu- untuk meregangkan kain
3. Berus pelbagai saiz- untuk menyapu warna, sodium silikat atau lilin
4. Periuk atau kualai-digunakan untuk memasak lilin
5. Dapur
6. Tempat mencelup kain dan merebus kain
7. Jemuran
8. Bahan campuran lilin: Lilin putih dan resin. Minyak kelapa atau lemak binatang digunakan untuk melembutkan lilin supaya aliran lilin tidak tersekat dan tidak pecah
9. Pewarna reaktif dan campuran-remazol atau primazin
10. Bahan pemati warna-sodium silikat
11. Bahan pencuci-soda asli, serbuk sabun atau soda ash
12. Kain- kain kapas, kain poplin, rayon, drill
Soalan 4
Lukisan
-sej lukisan- cara mendapatkan warna pd zaman prosejarah m.s 78-79
-kelarai alat
Motif tumbuh-tumbuhan
-warna m/s 100
-proses teknik anyaman m/s 101
Jwp
- Pd zaman ini, mereka menggunakan darah untuk menghasilkan warna merah, manakala warna hitam diperolehi daripada manganam oksid, jelaga lemak atau arang. Warna coklat atau jingga diperolehi daripada biji-bijian yang dihancurkan dgn batu dan dicampurkan dgn darah haiwan, madu tumbuh-tumbuhan dan lemak haiwan.
-Warna-warna yang digunakan pd zaman ini kebanyakkannya drp kategori ‘earth colours’
seperti perang, kuning, merah, hitam dan sebagainya yg dicampurkan dgn lemak binatang. Warna ungu dan hitam diperolehi drp oksid manganam yang terdspat dalam tanah liat. Manakala warna putih diperolehi daripada batu kapur.
Alat menganyam
1. Parang
-digunakan untuk memotong atau menetak daun daripada pokok. Pisau juga digunakan untuk membelah daun daripada empulur (tulang belakang daun) dan bah pinggir daun yang berduri
2. Jangka
-Dibentuk seperti sisir. Ia juga disebut sisir kayu bermata tajam dan digunakan untuk menjangka iaitu membelah helaian daun menjadi jalur-jalur halus.
3. Pelurut
-Dibuat daripada buluh dan ukurannya antara 17 cm panjang dan 4 hingga 5 cm lebar. Digunakan untuk melembutkan bilah atau helaian daun yang telah dijangka ketika proses penyediaan daun.
4. Tempayan
-untuk merendam bilah atau helaian pandan/mengkuang
5. Penyisip
6. Besen/baldi
7. Periuk
8. Dapur/bahan baker/api
9. Ampaian
10. Merendam
Kelarai Motif tumbuh-tumbuhan
1. Tampuk pinang
2. Tampuk pinang berantai
3. Tampuk jantung
4. Tampuk manggis
5. Pucuk rebung
6. Pucuk didalam
7. Berakar
Anyaman- Pewarnaan ms 100
1. Proses pewarnaan tradisi
Tertumpu pd penggunaan bahan tempatan seperti kunyit, buah kesumba India dan daun mengkudu. Warna-warna yg dihasilkan ialah kuning, merah dan biru kehitaman.
2. Pewarnaan cara moden
Menggunakan pencelup ‘dyestuff’ (semasa basic) serta beberapa bahan kimia sebagai bahan pembantu. Bahan berwarna ini berbentuk hablur atau serbuk. Warna-warna dihasilkan bergantung kpd jenis pewarna serta teknik pencelupan yg digunakan.
Peringkat awal air dipanaskan hingga mendidih dan dicampurkan dengan bahan pewarna.Kemudiannya dibancuh dan dikacau. Bilah-bilah pandan/mengkuang yg telah ditongkolkan, dicelup kedalam bancuhan pewarna tersebut. Tempoh masa yang diperlukan bergantung kepada warna yg dikehendaki, biasanya tongkol pandan/mengkuang dicelup selama 15 hingga 20 minit.
Selepas dicelup, tongkol2 pandan/mengkuang diangkat dan dibiarkan seketika utk sejuk. Tongkol2 ini kemudian dibasuh dgn air biasa aatau air sabun. Ikatan tongkol dibuka dan dijemur hingga kering ditempat yg redup atau jauh daripada matahari bagi mengelakkan warna dari pudar.
Proses dan teknik anyaman
1. Lagang
-Lagang merupakan ‘tulang’ kepada sesuatu penciptaan dan rupa bentuk anyaman. Ukuran panjang sesuatu tikar bergantung kepada ukuran lagang yg dibuat. Tiap2 satu bilah pandan/mengkuang dibuat bentuk V di bahagian tengah ditempat sesuatu anyaman bermula.
2. Anyaman
- Anyaman melibatkan 3 proses iaitu Anyaman Kelarai, Anyaman biasa dan Anyaman sulaman. Dimulakan drp asas melagang hingga selesai dan sampai ke bahagian tepi. Ketika ini anyaman tikar dlm bentuk empat persegi.Untuk mendapatkan berbagai wrana dan corak, anyaman jenis sulaman digunakan.
3. Lepih
- Dikenali juga sebagai anyaman mati pada tepi tikar sbg mengakhiri kerja anyaman. Boleh juga dianyam berasingan sbg tepid an kemudian dijahit pd barangan yg dikehendaki.
4. Sisip
- Proses ini memerlukan alat penyisip bagi merenggangkan bahagian anyaman untuk memudahkan daun bilah atau lebihan helaian daun yang telah direncungkan(ditajamkan) masuk. Tujuannya untuk menghindarkan anyaman dr terburai.
5. Kerat
- Lebihan atau baki bilah anyaman dipotong menggunakan pisau supaya anyaman nampak kemas dan menarik.
BAH C
Pualaman
-Teknik kaedah pualaman dari Jepun/China m/s 123
Pualaman terawal ditemui di China dalam bentuk kompilasi yang bertajuk Wen Fang Si Puor. Kompilasi ini mengandungi maklumat tentang batang dakwat, batu dakwat,berus dakwat dan kertas di China. Ia menjelaskan maklumat tentang jenis kertas dekoratif yg dipanggil sha jian yg bermakna ‘drifting-sand’.Kertas ini dihasilkan melalui tindakan menarik kertas didalam tepung yg telah melalui proses penapaian yg telah dicampur dgn pelbagai warna. Ia menghasilkan corak yg bebas mempunyai corak kemarmaran.
Teknik –teknik Catan air
1. Basah atas basah
- Teknik yg melbatkan sapuan warna yg cair keatas permukaan yg basah. Ia menghasilkan kesan lutsinar. Teknik basah atas basah merupakan teknik paling dramatic bagi media cat air dan yg paling sukar dikawal sapuannya.Pelukis harus membiarkan warna terdahulu masih lembab dan sapuan warna berikutnya lebih air dan pewarna. Jika tidak warna kan berbau dan hasilnya nampak kotor.
2. Basah atas kering.
- Melibatkan sapuan warna basah atas permukaan kering untuk menghasilkan kesan legap.Teknik ini banyak digunakan kerana sesuai dgn beberapa jenis media dan agak senang dikawal sapuan warna. Teknik ini juga boleh menggunakan warna yang basah dan disapukan keatas lapisan warna yang telah kering bagi mendapatkan kesan lut sinar.
3. Kering atas basah
- Teknik yg melibatkan sapuan warna daripada tiub teus disapu ke atas lapisan warna yang cair atas permukaan kertas yang telah dibasahkan.
4. Renjisan
- Teknik yang menggunakan berus, semburan atau berus gigi yang melibatkan renjisan warna cair ke atas permukaan untuk menghasilkan kesan yang menarik.
Teknik Cat Minyak
1. Titik(Pointilisme)
- Dihasilkan dengan menggunakan berus dengan sapuan cara menegak dan bersistematik diatas kanvas putih. Proses yang rumit dan memerlukan kesabaran dan ketekunan serta disiplin yg tinggi utk menyiapkannya.
2. Impasto
- Teknik ini menggunakan warna terus drp tiub dan disapu dgn pisau palet. Biasanya hasil catan ini mempunyai warna yang tebal dan legap. Tidak banyak menggunakan warna linsid. Menimbulkan kesan jalinan tampak yg menarik.
3. Scambling
- Penggunaan berus yg terkawal dan secara lembut penggunaan satu lapisan nipis warna legap secara kasar diatas warna latar. Ia menimbulkan kesan lutsinar pada warna latar dan kelihatan seolah-olah menerusi sehelai kain halus. Teknik ini diguna untuk mendapatkan kesan yg kusam dan bertekstur.
4. Alla Prima
- Teknik ini dilakukan dengan menyapu cat minyak hanya sekali iaitu terus dari tiub dan melukis. Banyak tempelan cat perlu disapu hingga warna yg dikehendaki diperolehi.
Konsep seni hiasan mozek m/s 155
-Mozek adalah seni hiasan dgn menggunakan kepingan kecil kaca, batu dan pelbagai bahan yang berwarna. Ia merupakan salah satu teknik membuat dekorasi dalam reka bentuk hiasan dalaman yang ada hubungkaitnya dengan kebudayaan dan kepercayaan seperti yang banyak dapat dilihat didalam dewan2 sembahyang didalam gereja.
-Mozek didalam PSV pula didefinasikan sebagai susunan bahan kutipan yang ditampal diatas sesuatu permukaan kertas, kad atau permukaan lain secara sebelah menyebelah dan tidak betindihan antara satu sama lain. Potongan kertas ini ditampal mengikut lakaran bentuk asal gambar,
Jelaskan secara terperinci apakah corak mozek seni islam m/s 158
-Arkitektur Islam menggunakan teknik mozek dalam konsep reka bentuk geometric dam matematik yang rumit. Proses ini dikenali sebagai’zillij’ dan ‘qashani’ di Afrika Utara.Contoh yang terbaik dalam seni mozek islam telah dihasilkan di Moorish, Sepanyol dn masih wujud di istana Alhamra. Contoh lain boleh dilihat di Masjid Besar di Cordoba.Di negara2 Arab satu gaya berhias yang tersendiri bernama zillij yang dibuat dengan membentuk seramik serentak dengan mozek untuk meliputi satu permukaan digunakan.
LAIN_LAIN
m/s 13
Perlakuan (BAB 1) BACA
1.
2. Resis ialah teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan bahan2 yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dan cat minyak, cat air dan lilin. Dan sebagainya yang boleh dikatakan sebagai proses penolakan warna. Teknik ini dapat dilihat dengan jelad didalam proses penghasilan batik lukis dan batik canting.
3. Penghasilan corak ikatan dan celupan m/s 63
Langkah 1 Penyediaan kain
• Sediakan beberapa helai kain putih yang dapat menyerap warna dengan baik.
• Ikatkan kain tersebut dengan kemas mengikut kreativiti bagi mendapatkan corak yang menarik
• Gunakan tali/benang atau gelang getah untuk mengikat
• Gunakan juga objek seperti batu, duit syiling dan sebagainya yang diletakkan dibahagian dalam kain trsebut bagi mendapatkan corak yang pelbagai
• Lipatan dan simpulan juga boleh digunakan bagi memperolehi corak yang menarik
Langkah 2.Penyediaan warna
• Bancuh serbuk pewarna dengan air panas
• Masukkan sesudu garam bagi membantu proses penyerapan
• Tuangkan warna ke dalam bekas tertentu dan tambah air sejuk
• Kacau cermat dengan pengacau
• Pastika tidak terlalu cair
Langkah 3 Proses mencelup kain
• Kain yang telah siap diikat haruslah dilembabkan dahulu bagi membantu memudahkan proses penyerapan warna
• Celupkan kain kedalam pewarna
• Keringkan kain tersebut
• Ulangi mencelup dengan warna yang lebih gelap
•
Langkah 4 Membuka ikatan kain
• Setelah proses pengeringan kain selesai, buka ikatan kain tersebut
• Keluarkan semua objek yang digunakan
• Cuci kain tadi dengan washing soda dan pemati warna
• Jemurkan kain sehingga kering
5. Lukisan m/s 75 - adalah proses melukis dengan menggunakan teknik lorekan ton, melakar garisan dan gosokan menggunakan alat tulis yang kering ke atas sesuatu permukaan. Komponen alat dan media ialah pensel, arang, pensel warna, kertas dan kanvas
Lukisan boleh dihasilkan:
1.Lukisan tanpa warna
2. Lukisan berwarna
6. Teknik melukis m/s 82
1. Teknik garisan silang- himpunan garisa-garisan yang bersilang menghasilkan kesan ton
2. Teknik titik- hanya titik2 sahaja yang digunakan untuk menghasilkan bentuk dan ton
3. Teknik lorekan- teknik yang biasa digunakan dengan melorek kawasan objek gelap untuk menunjukkan ton
4. Teknik gosokan-meletakkan kertas lukisan diatas permukaan yang mempunyai jalinan yang diinginidan menggosokannya menggunakan alat melukis
5. Teknik campuran- lukisan dihasilkan dengan menggunakan campuran alat/media melukis dan teknik2 yang berlainan.
7. Motif kelarai bentuk bunga
a. Bunga melur
b. Bunga tanjung
c. Bunga cina
d. Bunga cempaka
e. Bunga cengkih
f. Bunga durian
8. Corak anyaman m/s 109
9. Teknik dan kaedah menghasilkan pualaman m/s 123
10. Portfolio Proses Penyediaan Pualaman m/s 124 (BACA) ESEI BAB C
11. Penyediaan Pualaman Ringkas m/s126 (BACA)ESEI BAB C
12. Definasi Pualaman- Pualaman adalah satu penghasilan corak teknik cetakan mono dimana warna dimendapkan daripada cairan yang bergelatin dan melekit.
- Ia merupkan sejenis catan yang tidak bersatu antara air dan minyak
- Bahan yang berasaskan minyak akan terapung diatas permukaan dalam semua arah mengikut aliran bahan tersebut
13. Definasi catan – Catan adalah bahantara pigmen warna pada permukaan rata seperti kertas, kanvas, dinding, plat, papan board dan sebagainya.
-Media catan yang popular pada zaman Renaisance ialah fresco, cat tempera, cat minyak dan cat air. Subjek catan kebanyakkannya menggambarkan peristiwa kitab suci agama Kristian , potret dan peperangan. Gaya catan pada zaman itu semuanya dalam bentuk realistic. Trdapat ramai pelukis realisme yang masyur antaranya Leonardo Da Vinci.
14. Definasi Renjisan dan percikan- Teknik yang menggunakan berus, semburan atau berus gigi yang melibatkan renjisan dan percikan secara sengaja menggunakan warna cair, cat atau cairan yang dapat meninggalkan kesan ke atas permukaan sesuatu bahan seperti kertas dan kain.