16 May 2011

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN



BENTUK TIGA DIMENSI DAN RUANG
- Bentuk 3D - objek yang bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai pandangan sisi, kiri, kanan, atas dan bawah - objek semula jadi, objek buatan manusia atau bentuk ilusi dan ikon.
- Ruang pula merupakan kawasan antara objek dengan objek yang lain - Ruang nyata ialah ruang yang terdapat pada bentuk- bentuk konkrit , Ruang tampak ialah ruang ilusi yang wujud dalam seni tampak seperti lukisan,catan kolaj dan lain-lain.
- Bentuk organik ( haiwan , buah2an) dll tidak mempunyai sifat yang semukur dan tidak simetri. Bentuk geometri mempunyai simetri untuk imbangan, kestabilan dan kekukuhan .

TUJUAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

1. Tingkatkan Daya Kreativiti
-Jika anda seorang yang sering membayangkan suatu penemuan ke arah mewujudkan apa yang setakat ini belum dihasil atau sesuatu yang memberi makna kepada anda, anda adalah seorang yang kreatif. (Herbert Read (1958))
- June King Mc Fee - kreativiti itu adalah keupayaan mencipta perlambangan dan idea baru dengan menyusun dan mengolah semula perlambangan yang sedia ada.
- Carl Rogers - kreativiti itu wujud melalui tindakan sesuatu yang
berkaitan dengan ciri keunikan seseorang, bahan dan alat yang digunakan, kejadian dan peristiwa terhadap kemanusiaan sama ada suka atau duka.

Bagaimana untuk Meningkatkan Kreativiti Kanak-kanak?
a. Rangsangkan pemikiran kanak-kanak dengan merujuk buku- buku bergambar, bercerita, menonton filem, menayang slaid dan gambar foto.
b. Lawatan ke zoo, muzium, perpustakaan dan kraf tangan.
c. Beri perhatian ketika berkarya. Bimbing dan berikan perhatian cara berkarya yang baik dan berketerampilan.
d. Beri peluang untuk mengeksploitasi lebih banyak media dan alat untuk memperkaya maklumat dan pengetahuan.
e. Jangan kritik keterlaluan terhadap karya mereka. Nyatakan bahawa kesilapan bukan kegagalan tetapi sebagai cabaran untuk
peningkatan.
f. Berikan ganjaran atau insentif. Hasil karya yang baik dipamer di ruang lobi atau tempat-tempat strategik.
g. Adakan pertandingan mereka bentuk tiga dimensi di kalangan pelajar.

2. Membuat Penerokaan dan Eksperimen Bahan ( bahan terbuang) - untuk memastikan bahan yang akan dibuat bersesuaian dengan jenis binaan dan ketahanannya.

Temanya :
(a) Alam Semula Jadi dan Objek Persekitaran
(b) Perasaan Dalaman, Khayalan dan Imaginasi Si Pelukis
(c) Aliran dan Tema Sejagat - konsep dalam agenda kehidupan manusia. cth wau bulan, wau kucing dll
(d) Keperluan dan Pengalaman Hidup Harian – peralatan kegunaan harian.

Bagaimana Perkembangan dan Penghalusan Idea dalam Bidang
Membentuk dan Membuat Binaan Berlaku?
(a) Pemerhatian dan Kajian Visual – penggunaan bahan dalam menghasilkan karya.
(b) Perubahan Cara Bekerja - Membuat percubaan yang tidak putusputus akan mencernakan lebih banyak idea dan akhirnya dapat menjana dapatan yang lebih unik dan berketerampilan.
(c) Penerokaan Simbol dan Makna - mencari dan mengkaji ilham-ilham baru.

Penerokaan dan ekperimen bahan
1. Bahan terbuang yang diguna pakai semula.
2. Benda-benda daripada alam sekitar seperti buluh, tanah liat, buah kelapa, pinang, kulit siput dan sebagainya.
3. Benda-benda buatan manusia seperti manik, kayu larik, kotak- kotak, tisu, gam dan sebagainya
4. Bahan-bahan terbuang daripada buatan manusia seperti kaki
kerusi yang patah, papan yang telah terendam dan banyak lagi benda-benda lain.

Kesesuaian Bentuk dan Binaan sebagai Hasil Rekaan Tiga
Dimensi

1. Mengenal pasti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan.
2. Mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan objek.
3. Mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu ciptaan.
4. Menggunakan alat dan media sebagai pengolahan reka bentuk.
5. Menghasilkan jenis-jenis bentuk bergerak dan bentuk yang mempunyai ilusi pergerakan.
6. Menghasilkan dan melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan.
7. Membandingkan hasil bentuk rekaan dengan objek sebenar.
8. Memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan.
9. Berbincang dan menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses membuat, olehan bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan.
10. Menentukan cara dan memperagakan bentuk rekaan yang paling sesuai dan menyatakan kesannya.
11. Menceritakan pengalaman baru yang diperoleh daripada proses menghasil bentuk rekaan.
12. Mempamer dan mempersembahkan bentuk rekaan dan bahan mengikut
fungsi.

KEPENTINGAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
1. Mengembangkan Persepsi Pelajar tentang Seni Tiga Dimensi –
1. Bahan binaan sesuai dan relevan dengan tujuan hasilan.
2. Jika arca yang dihasilkan, pastikan ia kuat, kukuh dan selamat.
3. Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik, membentuk suatu komposisi gubahan yang artistik dan strategik.
4. Mempunyai imbangan yang menarik sama ada simetri tulen atau tidak tulen.
5. Menguasai prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra,
warna, imbangan dan kesatuan yang menarik.
6. Untuk arca yang menggunakan tapak, pastikan ia kuat, selamat dan kukuh.
7. Asli, unik dan berketerampilan dari segi dapatan.

Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik
1. Kesesuaian topik, tema dan teknik
2. Membuat “tumbnail-print” / lakaran
3. Sesuatu perkembangan (progress) kerja dikawal selia
4. Pilih teknik membuat yang sesuai.
5. Kaedah mengguna alat perlu betul dan tertib.
6. Bagi kerja-kerja menghalus ke atas objek arca, kertas pasir sering kali diaplikasikan untuk mendapatkan tekstur yang licin dan menarik.
7. Syelek, varnis, minyak kayu, cat alas, cat kilat, emulsi, perada, labuci, manik-manik dijadikan kemasan akhir produk.
8. Untuk tujuan peragaan yang mantap, tentukan tapak yang kukuh dan selamat.

Mengenali Pelbagai Bentuk Asas
- Bentuk organik mempunyai sifat yang tidak menentu, bergerigis, berkeluk- keluk, berjurai, lembik dan berbagai lagi. bentuk geometri mempunyai sisian yang tetap, lurus, keras dan padu.

Arca
Arca berasal daripada perkataan Yunani tua “sculpere” yang bermaksud mengukir,menebuk, memotong, melarik dan sebagainya
- JENIS-JENIS ARCA – LAND,INSTALASI, STABIL, MOBAIL BINAAN, TIMBULAN, LUAKAN, ASEMBLAJ, ARCA TAMBAHAN

- KATEGORI ARCA
a) ARCA ESTETIK
- Bahan peragaan/tatapan - Sebagai hiasan dalam/luar bangunan
- Punyai makna yang mendalam dan pengetahuan yang intelektual b) ARCA BERFUNGSI
- Boleh diguna pakai sebagai alat permainan, tempat permainan kanak dan lanskap - Sebagai alat ritual, penyembahan dan keagamaan - Keperluan
domestik

MEDIA PENGHASILAN ARCA

- TANAH LIAT - Ada kaitan dengan tembikar (tanah dibakar) Asal kajian sebelum batu digunakan untuk arca
- GANGSA - Gabungan tembaga, zink dan timah - Gunakan alatan leburan yang bersuhu tinggi - Gunakan acuan untuk membentuk arca.

- KAYU - Media paling tua , Melalui proses ukiran dan sapu minyak pada kayu - Banyak dipraktikkan oleh masyarakat pribumi Malaysia

- BATU - Jenis batu lembut spt. pualam atau alabaster, batu kapur dan batu sabun. - Batu keras spt. granit, marmar dan batu pasir - Sering kali batu digabung dengan logam.

- LOGAM Mula diguna kurun ke -20. Proses oksiasetilena digunakan

  • Arca timbul - Bentuk tiga dimensi tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan. Ia bolah di buat secara:- Acuan- Tampalan- Asemblaj – Binaan
  • Asemblaj - Bahagian atau komponen yang berlainan yang dicantum dan menjadi satu kesatuan objek dan menjadi satu konsep bermakna. Teknik hasilan;- Kimpalan- Binaan- Cantuman skru/paku- Gam
  • Mobail - Bahagian-bahagian dicantum untuk membentuk satu kesatuan. Digantung untuk menjadikan objek bergerak, berputar atau berombak. Teknik yang digunakan;- Kimpalan- Gam- Skru –
  • Ikatan
  • Stabail - Bahan kutipan dicantumkan untuk membentuk satu kesatuan objek dan dipasang tapak yang stabil. Teknik yang digunakan;- Kimpalan- Skru- Ikatan- Acuan- Binaan

Penyediaan Lakaran Idea
_ Menentukan subjek dan tema
_ Menentukan alat dan media
_ Membuat tumb-nail-print (membuat lakaran-lakaran kecil)
_ Memilih salah satu lakaran yang terbaik
_ Memperinci lakaran

Proses Membentuk Arca
_ Membuat model kecil/prototaip
_ Membuat kerangka atau struktur
_ Membuat arca yang sebenar
_ Kemasan dan persembahan

PERSEMBAHAN HASIL KERJA
Ekspresi Diri
1. Bentuk arca menepati tema dan topik.
2. Bahan binaan arca sesuai dengan tujuan hasilan.
3. Pastikan ia kuat, kukuh dan selamat.
4. Kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik, membentuk suatu komposisi gubahan yang artistik.
5. Mengaplikasi prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra, warna, imbangan dan kesatuan yang menarik.
6. Asli, unik dan berketerampilan.
Apresiasi
1.Tajuk dan tema yang sesuai
2.Alat dan bahan yang sesuai
3.Pilihan reka bentuk berasaskan warna dan padanan imej
4.Kesesuaian secara keseluruhan

ORIGAMI
JENIS-JENIS BENTUK ORIGAMI
TUMBUHTUMBUHAN , haiwan , permainan , barang perhiasan

ALAT DAN MEDIA
- Asas origami ialah kertas putih atau kertas berwarna- size 15
cm
1. KERTAS WASHI
_ Berkualiti tinggi daripada Jepun
_ Buatan tangan dengan teknik yang istimewa
_ Corak elegan seperti fabrik broked
_ Lebih mengekalkan keindahan model yang telah siap
2. KERTAS KERAJANG
_ Dihasilkan dengan menggabungkan kertas lain
_ Kadangkala bercorak timbulan dan licin
_ Permukaannya berkilau dan berkilat
3. KERTAS SEPASANG
_ Gabungan dua kertas yang berlainan untuk kesan menarik
_ Spray “adhesive” untuk melekat pasangan kertas
_ Origami dibentuk
4. KERTAS BUNGKUSAN
_ Berwarna pada permukaannya dan putih di bahagian belakangnya
_ Pelbagai corak, rekaan dan tekstur. Sesuai untuk origami yang berbagai warna.

_ Sering disebut kertas pembungkus hadiah

- Penggunaan gunting tidak digalakkan ketika membentuk origami. Adalah perlu untuk mengendalikan gunting dengan baik agar kertas yang digunting dapat menghasilkan kesan guntingan yang baik dan lurus.
- Penggunaan pisau kraf lebih sesuai untuk memotong kertas mengikut bentuk yang dikehendaki.

MEMBENTUK KERTAS SEGI EMPAT YANG MUDAH DAN CEPAT
1. Lipat dua kertas sehingga membentuk garisan
2. Potong kertas tersebut dengan berhati-hati pada lipatan kertas tersebut dengan menggunakan pisau
3. Lipat pada bahagian sudut kertas untuk membentuk segi tiga
4. Lipat bahagian belakang kertas membentuk segi tiga dan tekan sehingga meninggalkan kesan
5. Potong sepanjang garisan lipatan dan buka segi tiga tersebut
6. Segi empat tepat siap


KRITIKAN DAN APRESIASI SENI: APA YANG DICARI SUDAH TERJUMPA?




Kritikan dan apresiasi seni visual dalam menilai dan menganalisis karya-karya seni adalah proses pembelajaran yang bersistematik dalam bentuk proses berfikir. Sememangnya perlu diterap dan disemai dalam kurikulum mulai sekolah rendah lagi namun sejauhmana idea ini dapat direalisasikan. Isu ini sentiasa mendapat perhatian daripada pendidik seni dan menarik perhatian penggubal kurikulum, pensyarah dan orang ramai. Keperluan isu ini penting untuk difikirkan bagi melahirkan modal insan yang terdidik berfikir secara kreatif dan kritis. Secara tidak langsung ilmu berhujah dan membuat interpritasi seni menuju ke arah yang positif dalam melahirkan generasi pewaris yang tahu membuat seni, bercakap tentang seni dan mengangkat martabat karya seni itu sebagai karya yang halus.


Keperluan kritikan dalam apresiasi memerlukan pengetahuan dalam menilai dan menganalisis hasil kerja seni. Keperluan ini disentuh secara tidak langsung dalam kehidupan seharian namun secara asasnya nilai indah sebagai elemen estetik itu berkait dan berkembang bersama ilmu bantu lain. Hubungkait perkembangan ilmu ini dilihat saling membantu antara elemen dan prinsip seni dengan hasil kerja seni yang dihayati.


Pengetahuan sedia ada ini sebagai satu

lapisan luaran yang memerlukan pengukuhan mantap dari segi falsafah estetik

bersama perspektif perbandingan antara teori seni, sejarah, periwayatan artis,

dokumentasi, input sedia ada dengan pengayaan skil dan teknik pengkaryaan.

Darjah pemikiran manusia dalam menginterpritasi karya seni adalah berbeza dan menghasilkan pelbagai interpritasi. Barangkali ada yang bersetuju masih terdapat sebahagian kecil artis-artis di Malaysia yang berkarya sekadar melayan rasa dan perasaan. Hasil karya itu apabila dikomen melalui input apresiasi dan sedikit tersentuh dari aspek-aspek kelemahan menyebabkan nilai pemikiran dan usaha menceliksenikan masyarakat terbantut. Suatu pertemuan ilmu yang murni dan bermanfaat tidak tercapai dan ada pandangan prejudis antara pengkarya dengan penikmat. Walaupun usaha yang baik dan niat yang murni itu telah terpesong namun usaha mencari yang terbaik itu patut diteruskan. Itu adalah tugas pengkritik seni. Bagi peminat dan khalayak seni marhain pula ungkapan biasa keluar dari mulut ialah sama ada cantik dan tidak cantik.


Dengan menyatakan karya seni itu berada pada tahap baik bermaksud meletakkan seni itu pada tahap keunggulan sebagai satu hasil karya yang halus. Mana lebih sesuai disebut dengan menyatakan, “saya suka karya ini”atau “saya suka karya ini kerana ia ada membawa satu dorongan untuk kita kaitkan dengan aspek-aspek psikologi yang ada perkaitan dalam terapi seni”. Inilah contoh keperluan kritikan seni sebagai suatu bentuk proses berfikir atau sekurang-kurangnya dapat diterapkan dalam perbincangan yang berlunaskan nilai-nilai hormat menghormati.


Bagi Bernard Harrison, beliau membawa pandangan yang dikenali sebagai“kritikan secara nature” dengan meletakkan sesuatu karya itu baik setelah mengenalpasti beberapa kualiti yang terserlah. Dalam istilahR.G.Collingwood, kualiti ini dapat disenaraikan sebagai cara kita memahami apakah itu seni dan apakah yang dikatakan bukan seni. Sama ada ia dalam objek atau sudah ada tersemat di dalam minda boleh membawa perkaitan dengan kesempurnaan dan dianggap menjadi sebahagian daripada teori-teori seni.


Perasaan yang bercampurbaur dengan pengalaman estetik dapat membantu memperhalusi karya-karya seni secara “nature” dan bagi menjelaskan kualiti“nature” ini memerlukan kesinambungan dalam kritikan. Adalah mustahil untuk membuat keputusan antara yang baik dalam kritikan sebelum penghakiman yang akhir terjadi sehingga tiada sesiapapun yang tahu tentang seni. Dicadangkan lebih baik diketahui sesuatu yang kita suka dan minat supaya penilaian dan keputusan yang dibuat ke atas karya-karya seni berlaku secara adil. Diakui kritikan dan apresiasi seni tidak bergantung pada keistimewaan yang ada dalam karya seni semata-mata. Kritikan juga dianggap mampu dibuat apabila percubaan yang dilakukan boleh menjangkau sesuatu dengan tepat setelah dikenalpasti dan dianggap munasabah. Sebagai pengetahuan umum, jarak yang adil dan munasabah boleh membantu supaya hasil seni dilihat halus dan sifat-sifat seni yang baik boleh didekati dan dirunding bersama secara lebih “nature”.


Terdapat dua motif utama dalam pendekatan kualiti “nature” yang boleh membantu kritikan itu berada pada dasar yang adil.

1. Menerapkan nilai adil pada asas-asas yang munasabah yang menampakkan perbezaan

antara kritikan melulu dengan kritikan berbantukan penglihatan dan tafsiran yang adil.

2. Menerapkan nilai saksama bagi menunjukkan kenapa seni itu penting di dalam aktiviti

kehidupan manusia.


Penilaian dan apresiasi seni haruslah tidak terkongkong sama ada dalam statusnya tersendiri atau dalam lengkongan pengikutnya. Hilangkan kongkongan dan benteng yang menjadikan ia karya berstatus kepada karya yang diperagakan untuk suatu pengetahuan yang istimewa. Jika terlalu banyak kongkongan dalam menilai seni, boleh menjadikan seni itu kaku dan terhad kepada golongan tertentu. Suatu cara yang dicadangkan ialah kaitkan seni itu dengan fungsinya yang berbagai. Cara sebegini boleh memperkembangkan seni itu dalam statusnya yang luas dan apabila fungsi itu dikaitkan bersama karya seni, aspek nilai akan turut dibicarakan bersama.


Antara fungsi dan nilai dalam penghasilan seni terkandung keindahan yang dapat ditafsir dari berbagai sudut. Tafsiran yang mencari kesempurnaan pada objek yang dihasilkan dapat dilihat dari sudut luaran dan dalaman. Manakala nilai seni itu diletakkan sejajar dengan kehendak masyarakat yang membawa kesan pengaruh mempengaruhi.


Kesempurnaan dalam karya seni ditafsir, dinilai dan diberi kedudukannya. Harus diingat segala aspek kesempurnaan itu ada batas perbezaan yang dipengaruhi oleh perbezaan persepsi, pengalaman, ilmu dan jurang perbezaan silang budaya. Ini menjadikan nilai sempurna dan tidak sempurnanya hasilan seni adalah suatu yang subjektif.



Dipetik daripada http://risalahproseni.blogspot.com/