30 June 2009

ARCA

Perkataan arca atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai sculpture berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere, bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris. Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi di mana permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Selalunya arca dapat dilihat di galeri, taman permainan, dan tempat – tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan.

1. Arca adalah bentuk dalam susunan tiga dimensi (3D) untuk dikaji dan dinikmati nilai estetikanya.
2. Arca tidak sama dengan seni tampak yang lain kerana ciri - ciri 3Dnya.
3. Walaupun arca merupakan karya seni yang sealiran dengan seni bina, hiasan dalaman, dan reka bentuk pentas, tetapi arca terdapat keistimewaannya yang tersendiri.
4. Terdapat dua jenis bentuk arca iaitu arca bentuk berfungsi dan arca bentuk estetika.
5. Arca bentuk berfungsi merupakan barangan 3D yang boleh digunakan di samping ciri-ciri estetikanya.
6. Terdapat juga arca berfungsi yang hanya digunakan untuk upacara keagamaan dan kebudayaan. Contohnya patung dan topeng kaum Jah Hut dan Mah Meri yang digunakan sebagai alat untuk berhubung dengan roh dan semangat.
7. Arca berfungsi dalam bentuk patung atau stupa juga banyak didapati pada bangunan tokong, kuil, dan gereja.
8. Suku kaum Iban, Kenyah, Kelabit, Penan, Kajang, Melanau, dan Bidayuh di Sarawak menghasilkan arca ukiran kayu bentuk tradisional dengan ciri-ciri tradisional untuk digunakan pada sesuatu upacara adat istiadat yang tertentu.
9. Arca bentuk estetika tidak mempunyai fungsi khas tetapi merupakan bentuk ciptaan pelukis hanya untuk dihayati dari aspek estetikanya sahaja.
10. Arca jenis ini biasanya dipamerkan di galeri.
11. Bentuk arca estetika bebas, boleh berbentuk realistik atau abstrak, terpulang kepada kebijaksanaan dan pilihan pengarca yang menciptanya.
12. Pelbagai bahan dan teknik boleh digunakan.
13. Arca yg paling awal dijumpai merupakan arca ukiran daripada gading, tulang, tanduk dan tanah liat. Arca - arca ini dihasilkan oleh orang Aurignacian dan Magdalenian pada kira-kira 8000 SM.
14. Zaman tamadun - tamadun lama seperti Mesir, Yunani, Mesopotamia, China, dan India turut menghasilkan beraneka jenis arca dengan menggunakan bahan - bahan yang berlainan.
15. Pada zaman itu, benda -benda dibina dalam bentuk figura manusia dan haiwan kerana fungsinya sebagai lambang yang berkaitan dengan sistem kepercayaan dan keagamaan.
16. Michelangelo Buonarroti (1475-1564), merupakan pengarca Itali yang teragung pada Zaman Pembaharuan (Renaissance) di Eropah. Antara ciptaannya yang paling masyhur iaitu David.
17. Pengarca masyhur yang mula membina arca dalam bentuk abstrak pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua ialah seorang berbangsa Inggeris bernama Henry Moore dan Alberto Giaeometti, seorang warganegara Switzerland (190l-1966).
18. Selepas Perang Dunia Kedua, bahan yang digunakan untuk menghasilkan arca telah beralih daripada bahan tradisional seperti batu marmar, kayu, gangsa, dan sebagainya ke bahan plastik, nilon, fabrik, dan bahan - bahan buangan lain.
19. Di samping teknik luakan, binaan dan tambahan, teknik acuan, pateri, jahitan, gam, asemblaj, dan sebagainya turut digunakan.
20. Terdapat juga arca yang bergerak dan berlampu kesan penggabungan kuasa elektrik dalam gubahan.
21. Arca tidak berkembang dengan meluas di Malaysia seperti catan.
22. Pengarca yang membina arca estetika moden hanya muncul pada sekitar tahun 1960-an.
23. Antara pengarca tempatan yang terkenal ialah Anthony Lau, Latiff Mohidin, Syed Ahmad Jamal, dan Lee Kian Seng.
24. Laman Asean yang terletak berhampiran dengan Tugu Peringatan Kuala Lumpur merupakan sebuah taman arca yang teristimewa di Malaysia.
25. Di situ kita dapat menyaksikan enam buah karya arca hasil kreativiti pengarca - pengarca dari Indonesia, Filipina, Brunei Darussalam, Thailand, Singapura, dan Malaysia.
26. Kini, arca telah menjadi karya seni yang kian popular.
27. Arca sering dipamerkan di ruang legar hotel, kawasan bangunan institusi atau pertubuhan, bulatan simpang empat, taman rekreasi, taman kanak-kanak, kawasan peranginan, dan ruang yang sentiasa dikunjungi orang ramai.

2 comments: